SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan meneliti seterusnya merombak pelaksanaan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) universiti berkenaan supaya proses pengukurannya lebih jelas dan tidak membebankan pensyarah. Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa perkara di dalam pelaksanaan sistem berkenaan yang perlu ditambah baik agar ia lebih mesra pensyarah. “Terdapat beberapa komponen dalam iCGPA itu antaranya untuk memberi penerangan kepada pihak…










