KUALA LUMPUR 21 Julai – Isu berkaitan dengan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) terus hangat diperkatakan apabila tokoh perundangan dan sosiobudaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim mencadangkan UEC wajib sebati dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
UEC demi kenegaraan Malaysia wajib sebati dgn SPM dan STPM, tidak berasingan. Bila ada sijil NGO swasta dan sijil Kebangsaan bersaingan perpaduan nasional melalui pendidikan takkan tercapai. Hairan kenapa DBPustaka berdiam diri.
— RAISYATIM (@DrRaisYatim) July 21, 2018
Rais berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan perpaduan nasional melalui sistem pendidikan negara dapat dicapai.
“UEC demi kenegaraan Malaysia wajib sebati dengan SPM dan STPM, tidak berasingan.
“Bila ada sijil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) swasta dan sijil kebangsaan bersaingan perpaduan nasional melalui pendidikan takkan tercapai,” katanya menerusi akaun Twitter beliau, hari ini.
Rais yang kini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu merupakan antara individu yang lantang mempersoalkan pengiktirafan UEC oleh kerajaan Pakatan Harapan. – UTUSAN ONLINE









