UEC : Pastikan kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat - Utusan Malaysia

UEC : Pastikan kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Sebarang keputusan mengenai pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu mengambil kira Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom berkata, sekiranya UEC dilaksanakan kerajaan perlu memastikan kedaulatan bahasa Melayu tidak tergugat dan terus dimartabatkan sebagai bahasa utama di negara ini.

Tegasnya, keputusan mengenai UEC juga perlu dibuat berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 50) yang menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam sistem pendidikan negara.

“DBP menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik agar kajian menyeluruh dan holistik berkaitan pelaksanaan UEC namun kita mahu terlibat dalam kajian tersebut.

“Kajian yang rapi perlu dijalankan dan selepas itu DBP akan membuat keputusan sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan pelaksanaan UEC,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Ramah Mesra Bersama Media di di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah DBP, Datuk Abdul Adzis Abas serta Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg Shoekeran.

Tambahnya, kajian itu juga perlu mengambil kira Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 yang memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN