TVKosmo! menang anugerah Dokumentari Video Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia - Utusan Malaysia

TVKosmo! menang anugerah Dokumentari Video Terbaik Hadiah Kewartawanan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Wartawan TVKosmo! buat julung kalinya mengungguli kategori Dokumentari Video Terbaik menerusi dua pencalonan pada Malam Wartawan Malaysia 2018 bersempena Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) Malaysian Press Institut (MPI)-Petronas 2017 di sini sebentar tadi.

Kemenangan tempat pertama dimenangi oleh TVKosmo! menerusi video laporan khas bertajuk Merindu Merapoh, sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.

Merindu Merapoh dihasilkan oleh tiga wartawan Kosmo! dan dua jurugambar iaitu Mohd. Hafizi Ahmad, Ameen Azizul Aziz, Muhammad Haikal Abdul Rahman, Djohan Shahrin Shah Sabli dan Mohd. Riduan Rizal Ahmad.

Sementara itu, video kedua bertajuk Mengembalikan Sinar Silam pula membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, trofi dan sijil penghargaan.

Ia dihasilkan oleh tiga wartawan Kosmo! dan dua jurugambar, iaitu Sahlizah Mohamed, Nurul Faiqah Abd. Rahman, Amirul Amsyar Wan Ahmad Jailani, Djohan Shahrin Shah Sabli dan Mohd. Riduan Rizal Ahmad.

Acara yang diadakan di Hotel Shangri La itu turut dihadiri Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana Malam Wartawan Malaysia 2018, Datuk Chamil Wariya dan Pengarang Kosmo!, Datuk Baharom Mahusin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×