KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad masih belum dimaklumkan berhubung laporan mengatakan ahli perniagaan Malaysia yang dikaitkan dengan skandal 1 Malaysia Development Bhd. (1MDB), Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho telah ditahan di China. Beliau mengulas mengenai laporan portal Sarawak Report semalam yang memetik sebuah stesen radio Hong Kong mendakwa pihak berkuasa China telah menahan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu. Menurutnya, beliau tidak dapat mengesahkan lagi mengenai…










