CHEQUERS, England 14 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berharap dapat memuktamadkan perjanjian perdagangan pasca Brexit dengan Britain. Penegasan itu dilihat ‘bercanggah’ dengan kenyataan beliau sebelum ini iaitu strategi Perdana Menteri, Theresa May bakal ‘membunuh’ perjanjian tersebut. Bagaimanapun, Trump kemudiannya menyatakan May telah melakukan ‘kerja yang hebat’. “Apabila proses Brexit diselesaikan dan mungkin United Kingdom telah meninggalkan EU (Kesatuan Eropah), saya tidak tahu apa yang akan mereka lakukan.…










