LONDON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam secara terbuka mengkritik strategi Brexit Perdana Menteri Britain, Theresa May dengan mengatakan ia membunuh harapan perjanjian perdagangan AS-Britain dan May gagal menerima pakai nasihatnya tentang cara berunding dengan Kesatuan Eropah (EU). Dalam satu wawancara yang disiarkan beberapa jam sebelum beliau dijadualkan menghadiri makan tengah hari dengan May dan majlis minum teh bersama Ratu Elizabeth II semalam, Trump mengkritik ‘keputusan tidak bernasib…










