SELAIN memastikan ruang angkasa negara terjaga daripada diceroboh anasir luar, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga bermatlamat untuk menyedia, mengendali dan menggerakkan satu angkatan udara yang sentiasa bersedia untuk menonjolkan kekuatan kuasa udara demi memelihara kepentingan negara. Bergerak dengan sejumlah 15,087 anggota meliputi pelbagai jawatan dan bidang tugas, TUDM berperanan untuk melaksanakan tugas mempertahankan ruang udara dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui pengawalan ruang angkasa, pertahanan udara (defensive counter-air), serangan…










