Tolong tutup Queer Lapis - Utusan Malaysia

Tolong tutup Queer Lapis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MOHON Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) siasat kewujudan laman web mempromosikan aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dikenali sebagai Queer Lapis (https://www.queerlapis.com/).

Hasil perkongsian rakan melalui media sosial, saya terkejut mendapati laman web tersebut bukan sahaja memperjuangkan pengiktirafan LGBT malah cuba menampilkan kisah kononnya golongan LGBT menyambut ‘hari raya’ dan mempertahan Numan Afifi dalam skandal lantikan di Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pelik pula bila ada artikel memperjuangkan hak asasi LGBT tetapi boleh pula menolak perkahwinan kanak-kanak sebagai sesuatu yang ‘melanggar norma kehidupan’.

SKMM juga perlu menyiasat penglibatan penulis artikel bernama Ryan Ong yang dimaklumkan seorang pelajar pengajian Gender Studies di Monash Malaysia yang menulis artikel ‘raya’ LGBT.

Bukan sahaja artikel itu satu penghinaan kepada orang Melayu malah terhadap semua umat Islam. Jelas sekali individu yang mengamalkan gaya hidup LGBT telah menolak ketetapan agamanya sendiri dan selagi tidak bertaubat tidak lagi dikira sebagai umat Islam.

Tidak ada satu agama pun yang mengiktiraf LGBT maka jangan dikaitkan kisah LGBT dengan mana-mana agama apatah lagi sambutan 1 Syawal yang menandakan kemenangan umat Islam mengawal nafsu, bukannya kejayaan menurut nafsu serakah.

Sudahlah penulis artikel itu sendiri bukan beragama Islam, tulisannya menggambarkan seolah-olah LGBT semakin diterima masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Penerimaan keluarga dan individu tertentu tidak mengubah ketetapan agama mengharamkan seks sejenis dan penolakan secara umum terhadap gaya hidup songsang. Memang sukar bagi ibu bapa ‘membuang’ anak walaupun LGBT tetapi tidak bermakna mereka menerima gaya hidup songsang.

Malaysia baharu tidak bermakna LGBT boleh berbuat sesuka hati. Apa berlaku di sebalik pintu bilik antara kamu dan Tuhan tetapi di luar rumah akan berdepan tindak balas setimpal masyarakat.

SHARIFAH AMINAH

Bangsar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×