Tiga terkoban helikopter terhempas di Thailand - Utusan Malaysia

Tiga terkoban helikopter terhempas di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Sebuah helikopter terhempas di kawasan sawah padi di wilayah Khonkaenprovince, timur laut Thailand pagi ini, mengorbankan juruterbang dan dua orang penumpang.

Helikopter milik sebuah syarikat swasta itu terhempas kira-kira 9 pagi (waktu tempatan)  di kampung Hooling, sub daerah Wangsaeng di wilayah berkenaan.

“Kami menjumpai tiga mayat  di dalam helikopter,” kata Ketua Polis Chonnabot Kol Keeratikom Amornpatpakin, dan menambah, pihak berkuasa masih menyiasat butiran lanjut tentang helikopter itu dan punca insiden berkenaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang dialami. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN