TAWAU 28 Julai – Sebanyak tiga rumah atas air di Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut, di sini ranap akibat dirempuh sebuah tongkang pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6.30 pagi itu, tongkang yang berlabuh berhampiran kawasan perkampungan tersebut dipercayai dihanyutkan ombak ketika air pasang sebelum merempuh tiga buah rumah berkenaan. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kejadian itu disyaki berlaku ketika fenomena angin kencang dan laut bergelora…










