PULAU PINANG 12 Julai – Tiga restoran nasi kandar terkenal di Lebuh Chulia dan Little India di sini diarahkan ditutup serta merta oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan. Arahan berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan penguatkuasa dalam Operasi Pulau Pinang Bersih yang dijalankan sejak awal pagi tadi. Pengarah kesihatan negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah berkata, arahan dilakukan menerusi notis perintah tutup premis makanan Seksyen 11 Akta Makanan 1983. “Pemeriksaan…










