Tiga rakyat Sri Lanka dihukum penjara miliki visa Malaysia palsu - Utusan Malaysia

Tiga rakyat Sri Lanka dihukum penjara miliki visa Malaysia palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 23 Julai – Tiga lelaki warga Sri Lanka disabitkan kesalahan dan dihukum penjara lapan bulan pada 20 Julai kerana memiliki visa Malaysia palsu dalam pasport masing-masing.

Siasatan mendapati Roopan Diasrepinsan, 20; Nalliah Selvamany Rohan, 26; dan Kanthanadan Jasitharan, 23; yang ingin mencari pekerjaan di luar Sri Lanka, mendapatkan bantuan ejen di negara mereka untuk mengaturnya.


Menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) dalam kenyataan dikeluarkan, Rohan dan Jasitharan tiba di Singapura bersama-sama Rajanikanth pada 18 Jun, manakala Diasrepinsan pada 26 Jun.

Pada 27 Jun, ketika tiga lelaki berkenaan ingin meninggalkan Singapura melalui pusat pemeriksaan Woodlands, para pegawai ICA membuat pemeriksaan susulan dan menahan mereka apabila mengesan terdapat kelainan pada visa Malaysia mereka. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN