TH tambah bilangan kawasan rondaan Masjidil Haram - Utusan Malaysia

TH tambah bilangan kawasan rondaan Masjidil Haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Tabung Haji (TH) menambah bilangan kawasan rondaan bagi Pasukan Peronda TH kepada sembilan lokasi strategik di sekitar Masjidil Haram bagi musim haji 1439H berbanding tujuh lokasi pada tahun lepas.

Ketua Unit Rondaan Tabung Haji, Inspektor Abdullah Jauhari berkata, penambahan bilangan lokasi itu bertujuan memperluaskan lagi kawasan rondaan dalam usaha membantu para jemaah yang tersasar, terutamanya jemaah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Anggota pasukan kita akan ditempatkan di dalam dan luar kawasan masjid dan di tempat-tempat strategik untuk membendung masalah jemaah tersasar ini,” katanya semasa ditemui media di sini, hari ini. 

Pasukan Peronda TH di Tanah Suci ditubuhkan untuk menjaga keselamatan jemaah haji dan memberi bantuan dari segi moral dan bantuan yang sewajarnya diberikan, termasuk permasalahan kecil yang melibatkan ibadah haji.

“Tugas utama pasukan ini sebagai penunjuk arah kepada jemaah haji yang tersasar atau terpisah daripada keluarga mereka di samping memberi bantuan sekiranya jemaah mengalami kecederaan atau penat semasa berada di masjid. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN