Terputus hubungan, belum terima berita - Utusan Malaysia

Terputus hubungan, belum terima berita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – Suami kepada salah seorang pendaki, Maylie Laili Maidin, 24, atau lebih dikenali sebagai Amanda yang mengetuai misi pendakian seramai 18 orang ke Gunung Rinjani, Lombok mengesahkan masih belum menerima apa-apa berita lanjut mengenai kejadian berkenaan.

SITI NUR IESMAWIDA
SITI NUR IESMAWIDA antara mangsa korban gempa bumi di Lombok, Indonesia awal pagi tadi. – UTUSAN ONLINE

Muhammad Hafizzuddin Mustapa, 26, berkata, dia yang tidak mengikuti isterinya ke Gunung Rinjani, hanya mengetahui mengenai kejadian gempa bumi itu menerusi laman media sosial dan berita.

Buat masa ini katanya, dia masih cuba mendapatkan perkembangan terkini mengenai kejadian berkenaan dan tahap kesihatan isterinya yang dikatakan telah tercedera.

“Saya dan Amanda terputus hubungan disebabkan telefon bimbitnya tertimbus dalam runtuhan rumah, berita ini pun saya terima daripada rakan-rakan di sana tetapi masih belum dapat disahkan lagi.

“Ketika ini, saya masih menanti perkembangan terkini daripada pihak kedutaan dan Wisma Putra sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok pukul 5.47 pagi tadi menyebabkan penduduk kawasan itu bertempiaran meninggal kediaman dan bangunan.

Kejadian tersebut turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Iesmawida Ismail, 30, yang sedang dalam misi pendakian ke Gunung Rinjani akibat ditimpa runtuhan bangunan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN