DEVON, Britain – Seorang pesara yang mendakwa menemui sebuah perigi zaman kuno di bawah rumahnya di Plymouth di sini bertindak menggalinya sejak tujuh tahun lalu dengan harapan dapat menemui khazanah emas. Bagaimanapun sehingga kini, Colin Steer, 67, hanya menemui pedang kayu, kulit lembu dan lebih menakutkan dia turut menemui beberapa peranti pembakar yang biasa digunakan untuk bahan letupan milik tentera Jerman. Pesara itu menemui barangan tersebut pada kedalaman 5.18 meter…










