Tegakkan keadilan untuk DAP sebelum campuri urusan parti lain - Utusan Malaysia

Tegakkan keadilan untuk DAP sebelum campuri urusan parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Julai – Penasihat DAP, Lim Kit Siang dinasihatkan supa­ya menegakkan keadilan untuk DAP dalam Pakatan Harapan serta melihat keadaan parti itu yang sedang terumbang-ambing dahulu sebelum mencampuri hal ehwal parti lain.

Jurucakap Publisiti MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, ini terutamanya dengan perkembangan terbaru di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga anaknya dikecualikan daripada mana-mana jawatan dalam Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) walaupun beliau adalah Menteri Kewangan yang sepatutnya berada dalam Ahli Lembaga Pengarah.

“DAP masih berdiam diri apabila seorang lelaki dengan hanya sebilangan kecil kerusi di Parlimen menguasai dan menetapkan istilah tadbir urus kepada mereka walaupun DAP pernah bersumpah untuk berada di pentas politik untuk menegakkan demokrasi dan meritokrasi. 

“Mereka mempunyai bilangan kerusi yang jauh lebih banyak, namun DAP lebih suka menelan kebanggaan mereka dan menerima jumlah jawatan yang lebih rendah dalam Kabinet dan menelan segala yang dilemparkan kepada mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri menyarankan supaya MCA dan MIC ‘tutup kedai’ kerana gagal menyatakan pendirian masing-masing terhadap pencalonan Datuk Lokman Noor Adam bagi mewakili mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN