Syarikat telekomunikasi diharap tampil cadangan penurunan harga dan jalur lebar - Utusan Malaysia

Syarikat telekomunikasi diharap tampil cadangan penurunan harga dan jalur lebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo hari ini berkata, beliau berharap semua syarikat telco akan mengemukakan cadangan cara-cara bagi mengurangkan harga jalur lebar dan meningkatkan kelajuan kemudahan itu tidak lama lagi.

Beliau berkata, usaha itu bagi memberi tumpuan terhadap kualiti perkhidmatan yang seiring dengan dasar kerajaan Pakatan Harapan bagi menyediakan perkhidmatan internet kepada semua.

“Perlu ada kerjasama daripada semua pihak yang berkenaan agar ia menjadi kenyataan,” katanya sebagai jawapan balas satu hantaran Twitter daripada @liciece (lelaki).

Memuatkan artikel berkaitan…

@liciece menyuarakan kebimbangan beliau terhadap sebuah penyedia komunikasi dan internet yang menyatakan ia tidak berhasrat untuk mengkaji semula pelan gentian sedia ada namun sering meminta pelanggan agar sentiasa merujuk kepada laman web berkenaan untuk maklumat lanjut.

Menjawab kepada satu tweet daripada Shamsuri Mohamed, Gobind berkata, satu perbincangan sedang diadakan dengan Telekom Malaysia mengenai masalah yang dihadapi oleh pengguna Streamyx.

“Perkara asas melibatkan masalah infra. Saya harap penyelesaiannya dapat dicari dan pengumuman dapat dibuat dalam masa terdekat,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×