Syabu bernilai RM7.8 juta dirampas - Utusan Malaysia

Syabu bernilai RM7.8 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA – Seorang polis bantuan antara 10 lelaki yang ditahan selepas terlibat dalam kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu bernilai RM7.8 juta dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan pukul 7.40 pagi itu, polis merampas 156 kilogram (kg) ­syabu yang dibungkus dalam bungkusan teh cina dan disembunyikan di dalam sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di kawasan parkir Tesco Extra Ampang di sini.

Difahamkan, sindiket berkenaan menjadikan kawasan tempat letak kenderaan pusat beli-belah sebagai lokasi transit penyimpanan dadah sebelum diseludup ke luar negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, tangkapan pertama dilakukan di kawasan parkir Tesco Extra Ampang bersama syabu bernilai RM7.8 juta.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×