SHAH ALAM 23 Julai – Calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni tidak goyang sekiranya Pas bergandingan dengan Barisan Nasional (BN) untuk berkempen di kawasan tersebut. Mohd. Zawawi yang juga merupakan Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama parti itu berkata, terserah kepada Pas sekiranya mereka hendak bergabung kerana itu hak masing-masing. “Bagaimanapun, kita yakin kesemua pengundi Pas yang mengundi mereka akan memihak kepada kepada saya.…










