Sukatan pelajaran UEC bukan dari Taiwan - Dong Zong - Utusan Malaysia

Sukatan pelajaran UEC bukan dari Taiwan – Dong Zong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa sukatan pelajaran bagi Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diambil dari Taiwan.

Dong Zong dan Jiao Zong dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sukatan pelajaran UEC mematuhi dan selaras dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan Kementerian Pendidikan sekali gus membuktikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pengiktirafan UEC akan menjejaskan perpaduan adalah tidak benar.

Jelas kenyataan tersebut, dakwaan berkenaan harus diperbetulkan supaya tidak memberi tafsiran salah kepada orang ramai apatah lagi setiap mata pelajaran UEC ditulis mengikut standard kurikulum dan garis panduan dasar pendidikan kerajaan serta pendidikan peringkat menengah antarabangsa.

“Sebagai contoh, mata pelajaran Sejarah dalam UEC mengandungi 57.36 peratus sejarah Malaysia dan 42.64 peratus sejarah dunia, ini bermakna lebih daripada separuh isi kandungan mata pelajaran berkenaan yang dipelajari pelajar UEC ialah sejarah negara.

“Kami juga berpendapat kerajaan Pakatan Harapan seharusnya melihat isu pengiktirafan UEC ini dari segi pendidikan dan berasaskan pencapaian akademik, supaya dapat diselesaikan secara pragmatik, profesional dan rasional,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN