PETALING JAYA 13 Julai – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM104,600 milik seorang pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung bayaran pakej haji tahun lalu. Razinah Ayob, 63, dan Harun Mohd. Seh, 68, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim. Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa bersama-sama dengan curangnya menyalahgunakan…










