SANDAKAN 10 Julai – Kegiatan memalsukan dokumen yang didalangi sepasang suami isteri akhirnya terbongkar dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Imigresen di Flat L Batu 2, Jalan Utara Sandakan di sini semalam. Dalam serbuan pada pukul 12.40 tengah hari itu, suspek lelaki, 31, dan isterinya berusia 28 tahun ditahan di sebuah premis Kedai Runcit A-R dekat sini. Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Musa Sulaiman berkata, kedua-dua suspek yang juga pemilik premis berkenaan telah…










