KUALA TERENGGANU 20 Julai – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjangkakan harga rumah yang menjadi sebahagian keluh-kesah rakyat bakal turun dengan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September ini. Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, penurunan itu disebabkan oleh komponen dan bahan pembinaan yang tidak lagi dikenakan caj sebagaimana dalam amalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terdahulu. Bagaimanapun, katanya, buat permulaan ini sukar untuk…









