KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang kakitangan lelaki Jabatan Perikanan Perlis petang semalam atas dakwaan meminta dan memohon rasuah sebanyak RM4,000 sebagai balasan mempercepatkan proses pembaharuan lesen vesel seorang pemilik bot. Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Shukor Mahmud berkata, suspek berusia 48 tahun itu ditahan di sebuah kedai makan di Kuala Sungai Baru, Kuala Perlis di sini semasa sedang berurusan perihal suapan itu. “Semasa tangkapan dilakukan, suspek meminta…










