Sokong potong gaji bos GLC - Utusan Malaysia

Sokong potong gaji bos GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA menyokong penuh cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menurunkan gaji peneraju syarikat milik kerajaan (GLC) yang ada antaranya mencecah RM7 juta setahun atau hampir RM600,000 sebulan.

Gaji Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri cuma sekitar RM20,000 maka tidak munasabah gaji pentadbir GLC yang beliau lantik sampai 30 kali ganda lebih tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahan pula jika yang dilantik itu adalah dalam kalangan ahli politik atau mempunyai kaitan dengan parti politik dan bukannya mempunyai kelayakan dari segi akademik mahupun pengalaman dalam sektor penglibatan GLC tersebut.

Saya harap Perdana Menteri dapat menghentikan budaya melantik wakil rakyat, ahli politik mahupun mereka yang mempunyai kaitan dengan parti politik dalam mana-mana GLC, agensi kerajaan mahupun badan berkanun.

Jika boleh, laksanakan perkara sama di peringkat kerajaan negeri kepemimpinan Pakatan Harapan supaya tidak ada lagi campur tangan politik atau mengambil kesempatan atas dana awam.

Cukuplah sekadar menteri, timbalan menteri dan pembantu-pembantu khas mereka diambil daripada kalangan orang politik atau ahli parti demi menjaga imej kerajaan baharu.

PENJAWAT AWAM

Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×