Sokong debat Zakir, Ramasamy - Utusan Malaysia

Sokong debat Zakir, Ramasamy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA pasti ramai yang menyokong saranan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin agar pendakwah Islam terkenal, Dr. Zakir Naik dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr. P. Ramasamy berdebat secara terbuka.

Zakir yang dikatakan dikehendaki pihak berkuasa India sementara Ramasamy dituduh mempunyai kaitan dengan kumpulan pelampau Tamil, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Rakyat Malaysia juga pasti setuju dengan cadangan Mohd. Asri untuk menghantar individu yang kalah dalam debat terbuka itu pulang ke India.

Malangnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy menolak cadangan debat terbuka itu dengan alasan ia tidak relevan, tidak bermanfaat dan tidak munasabah.

Bagi saya, Moorthy yang juga pemimpin Persatuan Hindraf Malaysia sepatutnya menjadi moderator debat antara tokoh Islam dan tokoh DAP itu, bukannya menyorokkan diri kerana khuatir pihak disokongnya kalah.

Rakyat Malaysia sebenarnya sudah bosan dengan perbalahan ‘diimport’ dari India yang masih berterusan sehingga kini walaupun selepas negara itu berpecah dengan Pakistan dan Bangladesh.

Jangan sampai prejudis agama itu dibawa ke bumi bertuah ini sedangkan jelas Tanah Melayu adalah negara Islam. Berpada-padalah dalam bercakap tentang perihal agama sedangkan yang bergaduh itu dua orang dari bangsa yang sama.

Malaysia tiada kena mengena dengan perbalahan penduduk di negara lain dan tiada masalah sekiranya Zakir, Ramasamy dan Moorthy sendiri dihantar pulang ke India bagi menjamin keamanan rakyat negara ini.

ANTI EKSTREMIS

Putrajaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN