Soccerkids MBSA juara Liga 1MCC - Utusan Malaysia

Soccerkids MBSA juara Liga 1MCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 10 Julai – Meminjam semangat pasukan bola sepak yang menyertai Piala Dunia di Rusia, Soccerkids MBSA berjaya menjuarai Liga 1Malaysia Connecting Communities (1MCC) bawah 12 tahun.

Ketua Bahagian Korporat dan Komunikasi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, dalam perlawanan akhir yang berlangsung sengit, pasukan tersebut berjaya menewaskan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) menerusi sepakan penalti, 4-2.

“Keputusan penuh masa perlawanan seri 1-1. Liga 1MCC ini menampilkan pasukan bolas sepak yang hebat dan berbakat.

“Berkat kesungguhan dan komitmen bermain secara berpasukan membolehkan pasukan Soccerkids MBSA berjaya mengungguli liga ini,” katanya di sini, hari ini.

Shahrin menambah, Soccerkids MBSA merupakan pasukan remaja yang dibentuk oleh pihak berkuasa tempatan tersebut bagi mengenalpasti dan menggilap pemain remaja dalam sukan bola sepak untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Katanya lagi, pasukan itu dilatih oleh jurulatih yang bertauliah selain didedahkan dengan teknik-teknik seperti kawalan bola, stamina, skil dan kerjasama berpasukan.

“Insya-Allah, satu hari nanti ada antara pemain skuad Soccerkids MBSA mampu beraksi di peringkat dunia mewakili negara mahupun kelab ternama.

“Mungkin kita mampu melahirkan pemain seperti Mohamad Salah, Lionel Messi dan Christiano Ronaldo. Siapa tahu?” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN