SJINCB lakar kejayaan pancaragam di Filipina - Utusan Malaysia

SJINCB lakar kejayaan pancaragam di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Julai – Pasukan Pancaragam Laut Sekolah St. John’s Institution (SJINCB) mengharumkan nama negara dengan memenangi drum major terbaik pada Kejohanan Pancaragam Dunia yang berlangsung di Bacoor, Filipina pada 20 hingga 26 Jun lalu.

Pengetua St. John’s Institution (SJI), Manmohan Singh Kartar Singh berkata, kejayaan itu diperoleh melalui persembahan Ameerul Eyzam Zaipol Nizam yang mengetepikan saingan hebat daripada tujuh buah negara bertanding antaranya Filipina, Singapura, Poland dan Taiwan.

“Selain itu, pasukan SJINBC turut meraih tempat kedua untuk kategori ‘Colour Guard’ dan tempat kelima bagi pertandingan ‘Brass Battle’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan ini mampu menyuntik semangat kepada pasukan pancaragam untuk terus berusaha dengan lebih gigih dan mencapai kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×