Sidang Dewan Rakyat mula Isnin - Utusan Malaysia

Sidang Dewan Rakyat mula Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat buat kali pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Parlimen Isnin ini bakal menjadi tumpuan ramai apabila pemimpin Barisan Nasional (BN) bertukar kerusi menjadi pembangkang selepas 61 tahun memerintah negara.

Mesyuarat pasca-PRU-14 itu merupakan yang pertama selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran kerajaan yang dikuasai BN.

Membentuk kerajaan berdasarkan majoriti mudah, PH yang dianggotai PKR, DAP, PPBM dan Amanah menguasai 116 kerusi Parlimen keseluruhannya dengan 50 kerusi disumbang PKR, DAP (42 kerusi), PPBM (13 kerusi) dan Amanah (11 kerusi).

Memuatkan artikel berkaitan…

PH turut menikmati soko­ngan parti tempatan Sabah iaitu Wari­san yang memenangi lapan kerusi Parlimen menjadikan jumlah keseluruhan kerusi dalam genggaman PH kepada 124 kerusi.

Komposisi kerusi Parlimen selebihnya adalah dipegang oleh BN iaitu sebanyak 54 kerusi, Gabungan Parti Sarawak (19) dan Pas (18).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×