KUALA LUMPUR – Penyiasatan kejadian perkahwinan kanak-kanak bawah umur di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini masih dijalankan oleh pelbagai agensi yang berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Katanya, pihak kerajaan bertindak sebagai penyelaras kepada siasatan itu. “Adalah tidak bijak untuk menghukum sesuatu isu sebelum semua bukti dikumpulkan dan penyiasatan diselesaikan. Sebagai kerajaan, kami perlu bertindak mengikut undang-undang persekutuan. Inilah yang dimaksudkan dengan kedaulatan undang-undang,” kata Dr. Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dr. Wan Azizah dalam satu kenyataan berkata, kerajaan tegas menentang perkahwinan kanak-kanak dan pihaknya sedang mengambil langkah yang perlu untuk menaikkan usia minimum perkahwinan kepada 18 tahun. Beliau berkata, pendirian kerajaan berhubung isu tersebut tidak berubah dan tindakan akan diambil berasaskan bukti. “Walaupun memahami kemarahan yang timbul oleh insiden ini, adalah penting untuk kita tidak membiarkan perasaan peribadi menentukan tindakan yang patut diambil.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya