SESB nafi dakwaan kurangkan jumlah bil elektrik 1Borneo - Utusan Malaysia

SESB nafi dakwaan kurangkan jumlah bil elektrik 1Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di sini hari ini menafikan dakwaan pihaknya bersetuju mengurangkan jumlah bil elektrik pusat beli-belah 1Borneo yang tertunggak daripada RM8.7 juta kepada RM3 juta.

Difahamkan, persetujuan tersebut dibuat selepas Ahli Dewan Undangan Negeri Karambunai, Azhar Matussin yang mewakili para penyewa di gedung terbabit membuat permohonan rayuan kepada syarikat utiliti tersebut.

Menurut jurucakap SESB, kenyataan yang dikeluarkan kepada pihak media berhubung perkara itu adalah tidak benar.

“Kenyataan yang mendakwa kami (SESB) bersetuju mengurangkan jumlah tunggakan bil elektrik 1Borneo daripada RM8.7 juta kepada RM3 juta adalah tidak benar.

“Setakat ini pihak SESB masih berbincang perkara ini dengan pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, direkodkan sehingga hari ini pihak pengurusan 1Borneo hanya membayar sebanyak RM705,000 dan tiada sebarang pembayaran baki susulan dilakukan.

Pada 11 Julai lalu, Kosmo! melaporkan, pihak SESB bertindak memotong bekalan pendingin hawa kerana pihak pengurusan 1Borneo gagal melunaskan baki bil elektrik yang tertunggak sebanyak RM8.7 juta daripada jumlah keseluruhan RM9.3 juta.

Pihak SESB, memotong bekalan pendingin hawa berkenaan selepas mendapati pengurusan gedung tersebut hanya membayar hutang sebanyak RM705,000 pada 27 Jun lalu.

Jumlah bil elektrik berkenaan dikatakan telah tertunggak selama setahun dan tindakan memotong bekalan utiliti itu adalah termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN