KUALA LUMPUR 26 Julai – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan. Dalam kenyataan akhbar pagi ini, Khazanah berkata, langkah tersebut adalah bagi memudah cara peralihan yang lancar dan teratur oleh kerajaan baharu. “Ahli Lembaga Pengarah ini berbesar hati telah diberi peluang untuk berkhidmat dan merasakan adalah lebih tepat untuk menawarkan kerajaan baharu hak untuk membentuk lembaga…










