KUALA LUMPUR 31 Julai – Selepas membuat laporan polis berhubung kegagalan memperoleh baki bayaran berjumlah RM15,000 baru-baru ini, akhirnya Mawar Rashid, 23, berasa lega apabila tunggakan tersebut dilunaskan oleh penghutang terbabit. Mengakui niatnya bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, Mawar menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga serta memberi amaran kepada pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan terhadap orang lain. “Setelah berita mengenai laporan polis yang dibuat tular di media sosial…