Selebriti titip ucapan hari jadi buat Tun M - Utusan Malaysia

Selebriti titip ucapan hari jadi buat Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke-93 Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, ramai selebriti mengambil kesempatan melayangkan ucapan hari lahir di laman sosial masing-masing.

Pelakon dan pengacara Neelofa menerusi akaun Twitternya mendoakan kesihatan berpanjangan buat Mahathir dan rasa terima kasih kerana sering memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

“Selamat hari lahir yang ke-93! Tun telah banyak memberi inspirasi untuk kita menjadi yang terbaik setiap hari.

“Moga Allah mengurniakan Tun kesihatan, rahmat dan kegembiraan,” katanya.

Sementara itu, pelakon Umie Aida pula tidak melepaskan peluang memberi ucapan hari lahir kepada Mahathir di laman Instagram.

“Selamat ulang tahun yang ke-93 Tun M. Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik buat Tun M dan Tun Siti, panjang umur dan sentiasa diberkati-Nya dan berada dalam rahmat-Nya,” kongsi pelakon filem Dukun itu.

Dalam masa sama, penyanyi Aiman Tino turut tidak melepaskan peluang menitipkan ucapan kepada Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu agar sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan.

Penerbit filem popular, David Teo juga turut memuji semangat Mahathir yang tidak pernah padam dalam memberi harapan kepada generasi baharu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN