Selebriti perlu elak campuri urusan parti politik - Utusan Malaysia

Selebriti perlu elak campuri urusan parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini kenyataan cef selebriti, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail tular dalam media sosial mengkritik ahli keluarga seorang ahli politik Barisan Nasional secara terbuka.

Sebelum ini, pelakon terkenal, Rozita Che Wan juga menjadi perhatian selepas mendakwa ‘terhalang’ daripada menyatakan sokongan terbuka kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad demi menjaga ‘periuk nasi’ sendiri.

Tidak menjadi masalah untuk mana-mana kenamaan, artis mahupun ahli perniagaan terkenal menyatakan sokongan kepada ahli atau parti politik tertentu tetapi janganlah menghina yang ‘satu lagi’.

Perlu di ingat, tidak semestinya yang memerintah sekarang berkekalan. Kemenangan Pakatan Harapan pada 9 Mei lalu membuktikan tiada yang kekal selama-lamanya.

Oleh itu, perlu berhati-hati dalam membuat komen, jangan ‘laser’ sangat dikhuatiri orang yang dikutuk itu naik kembali kelak pasti ada yang ‘panas punggung’.

Ambil pendekatan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang tidak mencaci walaupun menyatakan sokongan kepada kumpulan politik tertentu. Jangan campuri urusan politik kecuali anda memang ahli politik.

Kepada Chef Wan, sudah-sudahlah jika mahu komen tentang orang lain. Jaga diri dan keluarga sendiri dahulu.

PEMINAT MASAKAN

Klang Gate, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN