KUALA LUMPUR 27 Julai – Selangor United mempunyai sebab berganda untuk berpesta awal sebelum melengkapkan jadual Kumpulan A Liga FAM 2018 dengan menentang MOF FC di Bangi, Ahad ini. Pertamanya, mereka berjaya meraih tiket separuh akhir Piala FAM yang menjadi sasaran dengan menjinakkan Shahzan Muda 1-0 di gelanggang sendiri, Stadium Mini Sungai Besar, minggu lalu. Keduanya kerana skuad Abdul Talib Sulaiman ini masih mampu mengharungi tentangan pelawat dari Pahang itu…










