SATU demi satu kontroversi dicetuskan penyanyi muda, Haqiem Rusli. Selepas teruk dikecam kerana kes ‘kemurungan’ hingga mahu bersara daripada lapangan seni, dia kemudian membuat kenyataan bahawa dirinya sekadar tertekan dengan senario kehidupan seorang selebriti. Pengakuan itu sekali gus mencetuskan kemarahan banyak pihak termasuk artis tempatan yang menganggap Haqiem memperolok-olok khalayak dengan kisah yang dianggap gimik murahan apatah lagi selepas melancarkan single baharu, Selamat Tinggal Sayang dalam tempoh yang sama. Malah rakan artis yang sebumbung dengannya berasa tertipu apabila Haqiem dan pihak pengurusan mereka bertindak menggunakan kesempatan memanggil untuk ditemu ramah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya