Segera selesaikan isu pencemaran - Utusan Malaysia

Segera selesaikan isu pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Masalah pencemaran akibat kewujudan kilang kitar semula plastik di daerah Kuala Langat, Selangor perlu dise­lesaikan dengan segera oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan kerajaan Pusat.

Presiden Pertubuhan Pelindung Kha­zanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, masalah yang berlaku kawasan itu begitu serius ke­rana ia mendatangkan impak negatif kepada kesihatan penduduk setempat.

“Kerajaan negeri Selangor mesti serius dalam menangani isu pencemaran alam sekitar. Isu kali ini sangat kritikal kerana ia telah berlanjutan selama beberapa tahun sehinggalah ke hari ini.

“Kita tidak mahu Malaysia dijadikan sebagai pusat pembua­ngan bahan-bahan toksik. Kerajaan mesti menghalang serta mengharamkan terus kewujudan kilang-kilang seperti ini. Industri ini sedikit pun tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat,” kata­nya kepada Kos­mo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×