KUALA LUMPUR 29 Julai – Suami kepada Siti Nur Iesmawida Ismail sepatutnya turut bersama menyertai misi pendakian ke Gunung Berapi Rinjani di Lombok Timur, Indonesia sejak minggu lalu.
![]() |
|
SITI NUR LESMAWIDA antara mangsa korban gempa bumi di Lombok, Indonesia awal pagi tadi. – UTUSAN ONLINE
|
Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Muhammad Hafiz berkata, dia bagaimanapun tidak dapat mengikuti isterinya kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.
Menurut Muhammad Hafiz, keluarganya masih menunggu maklum balas dari pihak berkuasa di Indonesia dan Wisma Putra untuk proses seterusnya.
“Tiada apa yang dapat saya kongsi buat masa ini, kami agak terkejut dengan berita itu dan memerlukan sedikit masa menyelesaikan proses membawa pulang jenazah arwah isteri saya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











