KUALA LUMPUR 17 Julai – Meskipun tidak keluar dari Dewan Rakyat bersama rakan-rakan partinya yang lain semalam bagi memprotes prosedur pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau tetap setia dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN). KHAIRY JAMALUDDIN Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu berkata, beliau sama sekali tidak akan keluar daripada parti terbesar orang Melayu itu. “Sudah tentu saya tidak akan keluar, saya seorang…










