Satu lagi bot nelayan Vietnam ditahan APMM Terengganu - Utusan Malaysia

Satu lagi bot nelayan Vietnam ditahan APMM Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Sebuah lagi bot nelayan Vietnam ditahan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu kerana disyaki menceroboh perairan negara pada jarak 50 batu nautika dari muara Kuala Terengganu dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, sewaktu ditahan pada pukul 2.40 pagi, kesemua nelayan asing terbabit sedang leka menangkap ikan secara haram di perairan tersebut.

“Nelayan asing warga Vietnam yang menyedari kehadiran kapal penguat kuasa APMM cuba meloloskan diri dengan memecut lajut bot mereka namun dapat dipintas selepas hampir sejam dikejar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya pada waktu sama, ada lima bot nelayan Vietnam lagi yang turut berada di sekitar lokasi tersebut namun sempat melepaskan diri disebabkan kapal penguat kuasa APMM tiba-tiba mengalami kerosakan enjin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rahim berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua 11 awak-awak termasuk tekong bot nelayan berusia lingkungan 21 hingga 49 tahun itu mempunyai dokumen pengenalan diri palsu.

Tambah beliau, bot nelayan asing berkenaan menggunakan taktik mempamerkan nombor pendaftaran negeri Kelantan bagi mengaburi mata pihak berkuasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×