KUCHING – Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya empat kali ganda jumlah peruntukan semasa untuk membangunkan infrastruktur yang lebih baik di seluruh negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan besar itu diperlukan terutamanya membabitkan infrastruktur di luar bandar Sarawak. Menurutnya, Sarawak bertegas mahukan hak ke atas minyak dan gas yang dilombong di perairan negeri ini supaya memperoleh lebih banyak pendapatan untuk pembangunan. “Rizab kewangan semasa yang kukuh adalah…










