Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Putrajaya - Utusan Malaysia

Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dijangka berangkat ke Sambutan Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan tahun ini di Dataran Pahlawan Negara, Presint 1 di sini pada Selasa depan.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri D.r Wan Azizah Wan Ismail serta kenamaan lain termasuk pengurusan atasan pada peringkat kementerian dan jabatan akan hadir.

Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sebagai memperingati perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan penganjuran Istiadat Perbarisan pada kali ini diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kenyataan itu berkata, sambutan tersebut yang bermula pada pukul 10.30 pagi akan dimulai dengan pelepasan 21 das tembakan meriam istiadat oleh pihak ATM dari Taman Putra Perdana berhampiran Hotel Pulse Grande di sini.

Sesi latihan Hari Pahlawan akan bermula pada pukul 8 pagi Khamis ini manakala raptai penuh akan diadakan pada Ahad bermula pukul 10.30 pagi. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN