Sabah tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan 2018 - Utusan Malaysia

Sabah tuan rumah Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Sabah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018 yang diadakan pada 16 September ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, perbincangan mengenai penganjuran acara itu telah diadakan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Hari ini saya telah melakukan lawatan kerja  sehari ke Sabah dan antara tujuan saya ke sini adalah untuk berjumpa dan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah mengenai usaha sama antara kerajaan negeri dan kementerian bagi mengadakan sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu.

“Kita telah serahkan kepada pihak kerajaan negeri untuk memilih di mana lokasi sambutan itu dibuat dan kita akan mengumumkan secara terperinci mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan pada sambutan itu dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, tema sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan pada tahun ini adalah ‘Sayangi Malaysiaku’ .

“Saya juga telah difahamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menghadiri sambutan berkenaan. Oleh itu saya menyeru agar semua pihak dapat memberi sokongan agar penganjuran ini berjalan lancar” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN