RUU Kebencian Agama dan Kaum bakal dibentang - Utusan Malaysia

RUU Kebencian Agama dan Kaum bakal dibentang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhasrat mengemukakan Rang Undang-Undang Kebencian Agama dan Kaum.

KUALA LUMPUR 10 Ogos 2015 - Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa penal
Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, akta tersebut bertujuan melindungi semua agama termasuk Islam daripada dicaci dan dimaki.

“Rang undang-undang ini bertujuan melindungi bukan sahaja Islam dihina tetapi agama lain juga yang dihina boleh diambil tindakan.

“Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang melibatkan kepelbagaian kaum dan agama perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekali pun dilarang dicaci dan dimaki,” katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang ingin mengetahui sejauh mana kerajaan PH bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menghina agama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN