MARANG 20 Julai – Kerajaan negeri akan meneliti secara keseluruhan mengenai penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, pihaknya masih kurang jelas dengan maklumat tersebut sama ada pendirian kerajaan Pusat itu akan menambah atau mengurangkan hasil berbanding kadar yang lazim diterima sebelum ini. “Apa yang kita faham daripada kenyataan perdana menteri…










