Rosmah nafi beli barang kemas daripada syarikat Lebanon - Utusan Malaysia

Rosmah nafi beli barang kemas daripada syarikat Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Isteri  bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan beliau membeli mana-mana daripada 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta, yang didakwa dihantar kepada beliau untuk dipilih oleh sebuah syarikat pemborong barang kemas Lebanon.

Rosmah, isteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan demikian dalam pernyataan pembelaan beliau yang difailkan menerusi firma guaman Messrs Geethan Ram di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kes saman itu sebelum ini difailkan oleh syarikat pemborong barang kemas Lebanon yang berpangkalan di Beirut, Global Royalty Trading SAL.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anak guam kami tidak membeli mana-mana barang kemas yang menjadi perkara utama dalam saman tersebut. Oleh itu, hak milik sah barang kemas itu tidak pernah berpindah kepada anak guam kami,” menurut siaran akhbar firma guaman itu.

Menurut firma guaman itu, barang kemas itu dihantar kepada Rosmah untuk dipilih atas sifat beliau sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia yang merupakan kehendak dan kerelaan plaintif sendiri dan tanpa sebarang kewajipan bagi Rosmah untuk membelinya.

Beliau berkata, saman yang difailkan oleh Global Royalty selaku plaintif telah melanggar peruntukan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan  Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini