Riza Aziz hadir beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM - Utusan Malaysia

Riza Aziz hadir beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz, 48,
hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza yang berpakaian kot berwarna hitam hadir pada pukul 1.30 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Kia Sorento berwarna kelabu.

Produser filem Hollywood itu pernah dikaitkan dengan isu 1MDB termasuk dakwaan menggunakan wang syarikat itu untuk menerbitkan sebuah filem.

SPRM sejak Mei lalu mula memanggil beberapa individu berprofil tinggi bagi melengkapkan siasatan berkaitan syarikat pelaburan strategik kerajaan itu termasuk bekas Perdana Menteri dan isteri. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN