Ringgit dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini - Utusan Malaysia

Ringgit dijangka meningkat menjelang akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit yang mengalami aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak kebelakangan ini berikutan pertumbuhan ekonomi AS yang lebih kukuh dijangka semakin stabil dan meningkat menjelang akhir tahun ini.

Penyelidik Ekonomi Affin Hwang Capital, Alan Tan berkata, asas ekonomi yang kukuh dan aktiviti dagangan yang baik di Malaysia mampu membawa ringgit kembali mengukuh kepada 3.80 berbanding dolar AS. 

“Kami menjangkakan asas ekonomi akan terus menyokong ringgit pada hujung tahun 2018. Kami mengunjurkan dalam tempoh terdekat ringgit akan terus turun naik, namun memasuki suku keempat tahun ini, kami menjangkakan ringgit akan mengukuh ke paras 3.80 menjelang akhir tahun.” kata Alan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas forum perniagaan pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) hari ini.

Alan juga berkata, langkah yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menstabilkan nilai ringgit seperti pertukaran dolar AS kepada ringgit dalam aktiviti eksport mampu meningkatkan lagi nilai ringgit dan ali­ran masuk wang ke dalam negara.

“Bukan sahaja berdasarkan asas ekonomi bahkan ia melibatkan pengumuman tukaran asing oleh Bank Negara pada tahun lepas yang menetapkan pengimport perlu menukar eksport masing-masing daripada dolar AS kepada ringgit yang akan mewujudkan permintaan lebih besar ke atas ringgit dan menyokong pengukuhan ringgit,” kata Alan.

Pada Jumaat lalu, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS susulan minat belian yang kembali muncul.

Setakat pukul 6 petang semalam, ringgit berada pada 4.0600/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0620/0650 pada Khamis lalu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN